http://prihatin.net.my
 
Semula Ke Halaman Utama!
Latar Belakang Pekida
Organisasi Pekida Malaysia
Hala Tuju Pekida Malaysia
Koperasi Pekida Malaysia
Yayasan Pekida
Alamat Pekida
Galeri Foto-Foto Pekida
Forum Perbincangan Pekida
Ruangan Iklaneka Percuma
Hubungi Pekida
Kedai Online
 
http://myvemma-ramzinetwork.blogspot.com

 Senarai Ahli
 Saranan Anda
 Muat-Turun
 Soalan Lazim
 Enjin Pencari
 Direktori Web
 FORUM LAMA
 VIDEO/PORTAL Baru
 

Pendapat Anda Berkenaan Web Portal Pekida?

  • Bagus
  • Cantik
  • Informative
  • Tidak Bagus
  • Kurang Info
  • Kurang Menarik
  • No Komen

[ Keputusan | Bancian ]

Undian: 306
Komen: 447

 

http://www.pekida.org/kedai/

Salam sejahtera untuk semua pengunjung budiman. Terima kasih kerana sudi melawati web www.pekida.org, Portal Rasmi bagi Unit R&D, PERTUBUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (Pekida Malaysia), WILAYAH PERSEKUTUAN dan sama-sama berkongsi ilmu dalam usaha dakwah Islamiah yang berkualiti..

Antara fungsi-fungsi portal ini ialah:

  • Menyediakan maklumat berkenaan Unit R&D Pekida Malaysia WILAYAH PERSEKUTUAN

  • Menyampaikan berita-berita terkini serta pengumuman-pengumuman penting berkenaan aktiviti Unit R&D

  • Menyediakan ruangan Forum Diskusi untuk jemaah Pekida Malaysia serta Pengguna Awam berbincang dan bertukar-tukar pendapat.

  • Mempamerkan gambar-gambar atau rakaman Audio/Video yang berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan Unit R&D Pekida Malaysia melalui ruangan Galeri Gambar

  • Menyediakan ruangan teks dan banner  pengiklanan kepada Pengiklan (Advertiser)

  • Dan lain-lain maklumat yang berkaitan serta perkhidmatan yang disediakan untuk kemudahan semua pengunjung. Sila lawati dan manafaatkan apa yang kami sediakan termasuk portal terbaru kami di http://prihatin.net.my (yang kini dalam proses upgrading ke server baru).

Apa yang kami laksanakan di unit RnD mungkin tidak terdapat di cawangan lain namun kami sekadar berusaha memberikan contoh terbaik semampu kami.

AYAHANDA DR.HJ MASJUKI HJ MOHD.MUSURI

(Pengarah R&D)

Untuk mendapatkan kesemua perkhidmatan di atas tanpa sekatan, pengunjung perlu mendaftar sebagai Ahli Komuniti Web pekida.org.  Harus diingat bahawa MENJADI AHLI KOMUNITI WEB PEKIDA ataupun MENJADI AHLI SUKARELAWAN PRIHATIN TIDAK BERMAKNA ANDA TELAH MENJADI AHLI PEKIDA MALAYSIA. Tiada pengambilan ahli Pekida melalui internet sama sekali.

Sila KLIK untuk mendaftar SEBAGAI AHLI KOMUNITI WEB PEKIDA. atau SUKARELAWAN PRIHATIN.  Segala maklumbalas, serta komen yang membina bolehlah diajukan diruangan Hubungi Kami

PENGUMUMAN PENTING.

1. Alhamdulillah...!!! sistem FORUM, CHAT, EMAIL, UPLOAD/DOWNLOAD AUDIO, VIDEO dan lain-lain telah dapat kami himpunkan dalam portal baru tanpa sebarang gangguan atau sekatan walaupun dengan hits trafic yang tinggi kerana server yang lebih besar sumbangan insan mulia dari Kulim Kedah. Mari sama-sama kita kalungkan tahniah dan terima kasih kita kepada beliau serta sama-sama kita panjatkan doa agar insan ini mendapat keredaan Allah, dipanjangkan umur serta dimurahkan rezki selamanya.

2. Atas permintaan ramai, Forum Lama kami aktifkan semula agar mereka yang berminat mengikuti perkembangan dan mengaktifkannya dapat terus berforum di situ. Sila klik Forum lama di sub-menu sebelah kiri laman ini.

 


PROGRAM KEBAJIKAN UNIT R&D PEKIDA WILAYAH PERSEKUTUAN (Klik untuk melihat slide show ringkas)

Selain dari sekadar ceramah, setiap usaha dakwah harus dibuktikan dengan perlaksanaan. Sebagai saluran kebajikan yang menggambarkan bahawa kita benar-benar melaksanakan apa yang kita dakwahkan, maka Unit R&D telah membangunkan Rumah kebajikan yang dinamakan RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN di tapak unit R&D di Sg Ramal Baru, Kajang (lihat di menu alamat). Atas kesibukan itu jugalah yang menyebabkan ada ketikanya web portal dan forum ini tidak dapat di aktifkan. Antaranya akibat kesibukkan petugas, dan kadang-kadang terdapat gangguan talian internet apabila berlaku perpindahan atau renovasi bangunan. Kini semuanya berjalan agak lancar dan insyaallah akan kami update segala berita dan menjawab segala persoalan dalam forum seperti dulu. Maafkan kami atas sebarang kesulitan semasa kami kurang aktif dulu.

Sekian harap maklum.

 

Rumah diperteguh falsafah

HAMZAH ABDUL HAMID
hamzahabdulhamid@kosmo.com.my

 


Rumah Pengasih Warga Prihatin bukan sahaja menyediakan tempat perlindungan anak-anak yatim dan orang kurang upaya (OKU), malah mementingkan perkembangan sahsiah, jati diri dan survival kehidupan kesemua penghuninya.



SEJARAH kewujudannya bermula dengan sebuah kediaman setingkat. Terletak di atas sebuah tanah persendirian seluas 0.273 ekar, apa yang boleh dilihat kini adalah fizikalnya yang sedang mengalami transisi.

Rumah di Sungai Ramal Baru, Kajang, Selangor ini sedang diperbesar menjadi sebuah kediaman tiga tingkat termasuk penyambungan beberapa binaan fungsi di sekelilingnya.

Biarpun kerja ubah elok masih jauh daripada sempurna, lebih-lebih lagi melihatkan timbunan kayu dan rangka keluli di halamannya yang berdebu pasir, tiada langsung ada petanda bahawa ia bakal menjadi projek yang tidak terbela.

Kalau dinilai tentang material binaannya, ia seolah-olah mencabar syarat minimum kualiti pembinaan.

Lalu terlintas di fikiran, mengapakah rumah ini begitu istimewa? Apakah pula tujuan pembinaannya?

“Rumah adalah unit asas yang menempatkan penghuni di dalamnya sekali gus menterjemah kepimpinan sebuah keluarga,” kata seorang lelaki yang duduk di kerusi roda di hadapan penulis.

Difahamkan bahawa tulang paha kirinya telah patah akibat terjatuh dari pelantar ketika sedang sibuk membuat kerja-kerja pembinaan rumah tersebut pada subuh 26 Oktober lalu.


 



Sesekali memperbetulkan letak duduk kakinya saat dirasakan kurang selesa, Dr. Masjuki Mohd. Musuri terus ramah berkongsi cerita.

Menurut pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin itu, bangunan kediamannya yang sudah ‘diwakafkan’ menjadi pusat aktiviti kumpulan tersebut begitu unik. Ini kerana kerana keseluruhan proses pembinaannya adalah hasil pengorbanan dan kerja tangan pendokong-pendokongnya sendiri.

“Kami berhempas pulas membanting tenaga membangunkannya dengan dana yang sangat terhad. Ada juga menerima tajaan ikhlas pihak tertentu, tetapi selebihnya adalah sumbangan sebahagian pendapatan daripada 20 keluarga asal Warga Prihatin,” ujarnya yang mesra menyambut sapaan isi rumah yang memanggilnya dengan gelaran ‘ayahanda’.

Tanpa bantuan kerajaan, rumah yang dijangka dapat menampung kehadiran lebih 200 orang keluarga besar Warga Prihatin ini dibangunkan secara berperingkat dengan memanfaatkan bahan terpakai dan terbuang, seperti kayu dan keluli yang diguna semula

“Sumber kewangan juga dikumpulkan daripada pengamalan konsep puasa secara hakikat. Konsep yang dimaksudkan itu adalah dengan mengoptimum perbelanjaan,” jelasnya.

PERHATIKAN pada wajah anak-anak muda ini. Siapakah idola yang mereka contohi untuk menjadi insan yang indah pekerti, tinggi pencapaian hidup, seterusnya kenal erti mencurah bakti?


Kata Masjuki, antara konsep puasa adalah dengan membelanjakan perkara yang perlu sahaja. Misalnya, warga Prihatin yang dahulunya membelanjakan sehingga RM200 sebulan untuk rokok, berjaya berfikir secara realistik untuk menyalurkan belanja itu ke dalam tabung pembinaan Rumah Pengasih.

Semua itu berkat pemahaman dan muafakat mereka dalam mendasari konsep kebajikan dan kebaktian, sebagaimana yang dianjurkan dalam pelbagai aktiviti komuniti mereka setiap minggu.

“Selain menjadi tempat berteduh dan makan minum golongan tersebut, rumah sudah pun memberi ruang memadani untuk mereka belajar tentang akhlak dan moral, ilmu dan amal, konsep keluarga Imran (surah Ali-Imran) serta banyak lagi,” ujarnya yang mengingatkan kalau rumah tanpa disertai didikan sedemikian, kesannya umpama membunuh generasi.

Tanpa disedari, setiap soalan tentang aktiviti yang dijalankan di rumah tersebut disulam falsafah yang indah dan berteraskan kemurnian Islam.

“Cuba lihat pada kualiti kayu yang dijadikan lantai aras dan dinding di tingkat dua dan tiga. Sekali pandang ia tidak sempurna bukan?” tanya Khalinan Mohd Tahar, salah seorang ketua keluarga Warga Prihatin yang bertanggungjawab dalam selok-belok pertukangan di Rumah Pengasih.



Khalinan menerangkan, setiap kayu yang lemah ada kaedah tersendiri untuk menguatkannya. Kayu yang bengkok boleh diapit supaya lurus, yang kasar boleh diketam, yang meleding boleh diragum dan diratakan, manakala yang rapuh boleh disokong dan dipasak dengan kayu lain. Akhirnya setiap kayu menjadi lebih kuat dan berguna.

“Bukankah itu juga ibaratnya sikap dan sifat manusia? Kalau seseorang itu sesat haluannya, dia perlu dirapati untuk membimbingnya ke jalan yang lurus.

“Kalau peribadinya tidak elok, seseorang boleh menasihati dan membantu menghaluskannya. Kalau dia lemah bersendirian, jemaah di sekelilingnya boleh menyokongnya dan memberi kekuatan,” kata seorang lagi ketua keluarga, Johari Ibrahim.

Kagum dengan penjelasan itu, penulis kembali meliarkan mata memandang ke sekeliling kawasan. Tatkala terlihat sebuah takungan konkrit yang berbentuk linear, seperti tab mandi yang panjang, penulis bertanya: “Bagaimana dengan kolam itu?”

Masjuki cermat berhujah: “Kolam renang itu bukan sekadar untuk anak-anak berekreasi dan berseronok semata-mata. Di sebalik latihan pernafasan dan renang, kemahiran itu sendiri sebenarnya suatu yang relevan dengan realiti kehidupan.”



Menurutnya, dalam anak-anak itu membesar dan mengenal dunia, mereka perlu ‘berenang’ dalam lautan manusia yang penuh cabaran.

“Setiap daripada mereka juga perlu ‘mengapungkan’ diri kewujudan mereka dilihat,” terang Masjuki yang menyifatkan orang yang gagal dalam kehidupan adalah sama seperti mangsa lemas di air.

Mengadaptasi konsep itu, antara aktiviti yang dianjurkan untuk kanak-kanak di Rumah Pengasih adalah bersangkut-paut dengan skil personaliti, seperti pengucapan awam dan komunikasi berkumpulan.

Nah! Sampai begitu sekali perincian teladan dan iktibar bagi setiap sudut fizikal Rumah Pengasih dan aktiviti yang dijalankan di dalamnya.

Itu membuatkan apa sahaja pertanyaan berikutnya menjadi lebih asyik untuk didengar dan ditelusuri. Mungkin tidak ramai yang pernah memikirkan bagaimana setiap suatu yang dipandang, dilafaz, didengar dan dilakukan itu adalah sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar pemahaman ibadah.



 
Di Rumah Pengasih ini, difahamkan bahawa ibu bapa dan anak-anak sering disyorkan untuk bersama-sama dalam majlis ilmu dan aktiviti gotong-royong. Tanpa diasingkan, setiap anggota keluarga berpeluang memahami sisi peribadi masing-masing seterusnya mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

“Masalah wanita dan para ibu, pasangan suami isteri, anak remaja, hinggalah kepada golongan fakir dan golongan kurang upaya, mereka ada tempat dan peranan masing-masing di rumah ini. Mereka memiliki antara satu sama lain untuk berkongsi masalah dan mencari penyelesaian,” kata Masjuki.

Besar harapan Masjuki serta himpunan orang kepercayaannya agar Rumah Pengasih Warga Prihatin berjaya sebagai wadah pembentuk konsep keluarga contoh.

“Falsafah kami adalah Al-Quran sebagai sumber rujukan dan makanan harian untuk menyelesaikan masalah keluarga, manakala sunah Rasul pula sebagai panduan khususnya dalam pendidikan keluarga,” ujarnya.

“Kami tidak memandang dari mana mereka datang atau siapa mereka sebelum ini. Lebih penting adalah dengan hasil asuhan di sini, mudah-mudahan mereka berubah menjadi insan yang lebih baik,” terangnya.

Apa yang dimaksudkan adalah anak-anak yang tinggi sahsiah, institusi keluarga yang murni arah tujunya, serta semangat kemuafakatan yang kukuh dan kekal. Semua itu demi menjalani kehidupan yang senantiasa diberkati dengan pesan-pesan ke arah kebaikan.

DR. MASJUKI MOHD. MUSURI

HASRAT jemaah Warga Prihatin terhadap fungsi dan bakti rumah ini begitu tinggi hinggakan mereka sanggup berkorban masa, tenaga dan wang untuk membangunkannya.

Sesungguhnya setiap sen yang dibelanjakan untuk pembinaan rumah Warga Prihatin ini tidak pernah sesekali diminta pulangan dalam nilai mata wang. Kepuasan matlamatnya adalah apa yang disebutkan tadi.

Barangkali di dalam rumah ini, tiada yang menyesali akan setiap kudrat yang diperah, titik keringat yang tumpah, ataupun tulang paha yang patah. (HAMZAH ABDUL HAMID - hamzahabdulhamid@kosmo.com.my)


Sila Klik untuk melayari Web Rasmi Rumah Pengasih Warga Prihatin.


Alhamdulillah' R&D telah mengadakan program tersebut secara mingguan sejak 2006 lalu tanpa henti. Perkembangan Pendidikan keluarga jelas dapat diukur dari pembentukan akhlak dan peningkatan pencapaian akademik anak-anak ahli, peningkatan tahap kasih-sayang & kebahgiaan keluarga-keluarga ahli dan kejayaan program pembesaran (3 tingkat) pembinaan Rumah Pengasih itu sendiri.

Program mingguan ini disertai oleh para bapa (gotong-royong pembinaan), kaum ibu (memasak & pendidikan) serta anak-anak (pendidikan & apresiasi kesenian).

Ikuti perkembangannya dari masa ke semasa...

Terimalah Ucap Doa Selamat Hari Raya Aidilfitri, Ampun dipinta maaf diberi … kepada seluruh pembaca. Hayatilah kata nasihat yang mengiringi VideoMusik Lagu Raya dari BDB ini sebagai bekalan minda. Sila Klik untuk melihat VIDEO Program RnD Pekida yang lain

Berita Penuh...

`Semua amalan baik, yang tidak berdasarkan dari awal dengan bismillah (berdasarkan kehendak dan dilakukan kerana allah) nescaya ia akan tertolak.'

-- Hadith Sohih  

Selamat Datang Tetamu

Pendaftaran adalah percuma dan anda boleh mengakses semua ruangan halaman web ini setelah mendaftar
Klik Sini Utk Mendaftar
ID Pengguna:


Katalaluan:


Ingat Maklumat Login

Ahli:  Ahli:
Terbaru:  Terbaru Hari Ini: 5
Terbaru:  Terbaru Semalam: 2
Terbaru:  Jumlah: 11470
Terbaru:  Terbaru:
PanyFrireered
Ahli:  Dalam Talian
Ahli:  Ahli: 0
Tetamu:  Tetamu: 5
Jumlah:  Jumlah: 5
Ahli:  Ahli Dalam Talian
No members connected
 

Kuasa Ibu, Suami Dan Isteri (21/07/09)
Bapa Tunggul, Ibu Tunggal, generasi runtuh (21/07/09)
BETULKAH POLIGAMI AMALAN KITA SEKARANG ??? (21/07/09)
GAMBAR-GAMBAR HIMPUNAN AKTIVITI SETAHUN (16/05/09)
Kesempurnaan Solat. (16/05/09)
Bila manusia di ketuk pintu hatinya (16/05/09)
AL-QURAN DAN KELUARGA BAHAGIA (16/05/09)
Istimewa hari Ibu - Majlis Ringkas di Rumah Pengasih Warga Prihatin (16/05/09)
Sains & Al-Quran (04/05/09)
Cendakiawan Islam (04/05/09)
Anak terbentuk dari Gumpalan Sosial (04/05/09)
Di sebalik Maulidurrasul 1430 - Falsafah Rumah Pengasih (04/05/09)
Mengapa pemain bolasepak negara lemah? (19/03/09)
Kisah Tariq ibn Ziad membakar kapal armadanya - Apa pelajarannya? (19/03/09)
Sayang anak tangan-tangankan (19/03/09)
Maulidurrasul peringkat Sg. Ramal Baru 2009 (19/03/09)
PEKIDA pecat Awie...dituduh amalkan gangsterisme - Metro 19 DIS 2008 (18/02/09)
Awie Seret Presiden Pekida Ke Mahkamah - Metro (18/02/09)
Ayahanda' Awie saman president PEKIDA - Metro Wed Dec 31, 2008 (18/02/09)
Banyak pertubuhan klon salah guna nama Pekida - harian metro 11 August, 2008 (18/02/09)
Awie - Saya Bukan Gangster. Difitnah Ketua Kumpulan Naga (Dragon) - December 14th, 2008. (18/02/09)
Majlis Meraikan Sukarelawan PERKID SELANGOR & PEKIDA BKT BINTANG - 29-Apr-2008 (18/02/09)
Awie dan ajaran sesat Gengstar - Metro Ahad - 14 Dec 08 (18/02/09)
Remaja hidu gam : Harian metro - CEGAH MAKSIAT (18/02/09)
PEMUTIHAN AHLI PEKIDA - HARIAN METRO (18/02/09)
Memorandum sokong Sultan Selangor - Berita Harian 16 Feb 09 (18/02/09)
Lawatan Amal ProStar Klang & Mahasiswa Unisel ke Rumah Pengasih Warga Prihatin (18/02/09)
Pekida ajak ahli, umat Islam lakukan hijrah - Sinar Harian (18/02/09)
Pekida bimbing belia bermasalah - Sinar Harian (18/02/09)
Pengkianat dan Penyangak Web... (12/02/09)
Forum Lama kami aktifkan semula (23/01/09)
Awie dan ajaran sesat Gengstar - Metro Ahad - 14 Dec 08 (14/12/08)
RUMAH PENGASIH SG. RAMAL BARU - dari kacamata Dato' Saiful Nang (15/07/08)
lIHAT UPDATE BERITA DAN GALERI FOTO DI portal baru kami http://rnd.pekida.org (25/06/08)
UPDATE BERITA TERKINI (13/06/08)
PEKIDA Pro Event Management mencatat sejarah di Hulu Langat (07/04/07)
Perarakan Maulud, Kajang -T.kasih kepada sukarelawan SFCS (04/04/07)
JEMPUTAN TERBUKA PERARAKAN MAULIDULRASUL 1428H PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT pada Ahad, 1 April 2007 (26/03/07)
PEKIDA WILAYAH BANTU MANGSA BANJIR (15/02/07)
Kem Motivasi Pekida R&D berjalan lancar. (15/02/07)
Majlis Aidil Adha R&D berlansung dengan meriah dan menyentuh jiwa. (15/02/07)
Terima Kasih TV3 (15/02/07)
Forum Maal Hijrah anjuran Pekida, Pemadam dan JAKIM mengajak rakyat membudayakan ilmu dan mendokong Islam Hadhari (15/02/07)
Rumah Pengasih Datuk Ujang Bagong Mendermakan RM 11,111.11 Untuk Mangsa Banjir (15/02/07)
Kerjasama Pekida dan Pemadam contoh penyatuan NGO (15/02/07)
Koperasi Prihatin Sg Ramal Baru Bercita-cita menjadi Koperasi contoh (15/02/07)
R&D bersama Putrajaya di Pasir Putih (15/02/07)
Terima Kasih TV3 (21/01/07)
Pelancaran Kedai elektronik Pekida R&D..!!! Berita besar untuk semua (18/08/06)
Sertai Ayahanda, Abang-abang dan adik beradik lain untuk Bercakap FREE..! (07/08/06)

 
 
 
 
 

© PEKIDA MALAYSIA 2004-2006. All rights reserved.
Segala berita, komen dan saranan tentang website ini atau tentang Pekida Malaysia dan Unit R&D boleh diajukan terus kepada webmaster di Email rnd@pekida.org  atau pekida@hotmail.com atau cara lain di link ALAMAT
Website ini diurus oleh https://www.exabytes.com.my dan Komuniti ST

Anda adalah pelawat yang ke sejak 25 May'04. Terima Kasih.